Tetak bapa saudara kerana caj mahal baiki motosikal

0
262

Seorang lelaki menetak bapa saudaranya menggunakan pisau pemotong daging, gara-gara tidak berpuas hati dengan caj terlalu mahal yang dikenakan di kedai membaiki motosikal milik mangsa, dalam kejadian di Mersing.

Tindakan ganas itu menyebabkan mangsa yang berusia 61 tahun mengalami kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan, dalam kejadian kira-kira 6 petang pada Sabtu lalu.

Difahamkan, ia berpunca akibat suspek tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan ketika berurusan di kedai terbabit.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing, berkata suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu bertindak melarikan diri selepas menetak mangsa.

“Suspek adalah anak saudara kepada mangsa dan dia telah melarikan diri sejurus kejadian. Akibat kejadian ini, mangsa mengalami kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan.

“Mangsa telah dirawat di Hospital Mersing dan kita menerima laporan kejadian pada jam 6.42 petang,” katanya menurut laporan Kosmo!.

Bagaimanapun, Cyril berkata, polis yang menerima maklumat pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing akhirnya berjaya menahan suspek di sebuah rumah di Taman Intan Mersing pada hari yang sama. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here