Hanya 10 SOP kekal daripada 181

0
248

KERAJAAN akan mengurangkan jumlah prosedur operasi standard (SOP) sebanyak 94.5 peratus bagi memudahkan pemahaman dalam kalangan masyarakat.

Pengurangan jumlah SOP daripada 181 ketika ini dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, dengan mengambil kira faktor tertentu selari peralihan negara ke fasa endemik, menjelang penghujung Oktober ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika mengumumkan perkara itu mengakui bahawa rangkaian SOP sedia ada, sejak penularan jangkitan COVID-19 melanda Malaysia pada awal Januari tahun lalu mengundang pelbagai kekeliruan.

Sehubungan itu, katanya, jawatankuasa kuasa membabitkan empat kementerian yang ditugaskan memperincikan langkah penyesuaian dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan COVID-19 ketika negara menuju ke fasa endemik sepakat untuk merintis usaha ke arah memudahkan SOP sebagai persiapan beralih ke fasa berkenaan.

“Sebanyak 181 SOP sedia ada kini akan dikurangkan, kepada hanya 10. Bagi saya sedikit masa (untuk laksanakan perkara ini), tetapi ia akan lebih mudah difahami,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here