[VIDEO] Akhirnya Rayer dihalau dan digantung dua hari sidang Parlimen

0
390

SETELAH sekian lama, akhirnya Ahli Parlimen Jelutong daripada Pakatan Harapan, RSN Rayer digantung dua hari daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Sebelum itu, beliau diarah keluar dewan oleh Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon selepas Rayer meminta Rashid menjelaskan tindakan menolak usul menggantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini.

Keadaan menjadi tegang selepas Rayer enggan menarik balik kenyataan ‘memalukan’ yang dituju kepada Rashid, selepas berulang kali diminta untuk berbuat demikian.

“Jelutong, saya arahkan bentara minta Jelutong keluar sekarang. Saya minta bentara jalankan tugas keluarkan Jelutong sekarang.. (selama) dua hari (tidak dibenarkan hadir ke dewan),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Keputusan Rashid itu mencetuskan pertikaian dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang bangun mempersoalkan penggunaan perkataan berkenaan yang disifatkan mereka ‘tiada masalah’.

RAYER diminta keluar dewan oleh bentara selepas dihalau daripada sidang oleh Rashid pada persidangan Parlimen hari ini.

Ini kembali menyebabkan dewan menjadi kecoh sebelum Rashid memutuskan supaya sidang ditangguhkan untuk rehat.

Perbalahan dalam dewan berlanjutan lebih 20 minit selepas Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan keputusan dibuat Rashid yang menolak semua usul bagi mengganti Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, yang dikemuka Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini.

Rashid ketika menjelaskan perkara berkenaan memaklumkan, sudah diberi ‘kuasa’ oleh speaker untuk mengendalikan usul mengosongkan kerusi Speaker Dewan Rakyat itu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here