[VIDEO] Jangan jawab pantun ini, tunggu tahun depan: Agong

0
318

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menutup titah ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 dengan tiga rangkap pantun sebagai nasihat kepada Ahli Dewan Rakyat.

Baginda sempat berjenaka bahawa pantun berkenaan tidak perlu dijawab dan sesiapa yang ingin membalas pantun itu perlu menunggu tahun hadapan.

Tiga rangkap pantun tanda pesanan ikhlas Seri Paduka adalah:

Dari Segamat ke Kota Tinggi,
Hajat mulanya ke Kuala Pahang;
Kepada Yang Berhormat ikhlas berbakti,
Tidaklah rakyat gusar dan bimbang.

“Tak perlu jawab,” titah baginda sebelum meneruskan pantun seterusnya.

Kalau memandang langit yang tinggi,
Jangan dilupa rumput di bawah;
Bekerjalah Yang Berhormat sepenuh hati;
Martabatkan negara kembali bermaruah.

Rempah halia digaul diuli,
Buat ramuan nasi kebuli;
Sumpah setia ketaatan diberi,
Pertahankan negara dan ibu pertiwi.

“Kalau nak jawab, tunggu tahun depan,” titah baginda sebelum mengucapkan selamat bersidang kepada Ahli Dewan sebelum berangkat meninggalkan majlis. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here