KKM perkenal laman sesawang COVIDNOW kongsi data pandemik-Khairy

0
310

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) laman web baharu yang dikenali sebagai COVIDNOW bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi Covid-19 di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, menerusi laman web berkenaan akan memaparkan data yang lebih mudah difahami serta diakses oleh masyarakat umum.

“Saya berharap dengan data dan maklumat yang dikongsikan di COVIDNOW, masyarakat mempunyai pemahaman dan kesedaran yang lebih baik berkenaan situasi jangkitan Covid-19 dalam negara.

“Selain itu, usaha untuk melakukan perubahan tingkah laku (behavioural change) dan usaha mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dapat dipertingkatkan supaya kita boleh mula memasuki fasa baharu hidup bersama virus COVID-19,” katanya dalam sidang media Covid-19 di kementeriannya hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here