[VIDEO] Reaksi berbeza orang ramai terhadap pembukaan pawagam

0
545

BERITA pembukaan semula operasi panggung wayang yang telah diumumkan sebelum ini telah membuatkan ramai penggemar filem teruja setelah diberikan lampu hijau untuk kembali ke panggung wayang selepas tempoh yang lama.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan memberikan komen positif tentang pembukaan pawagam tersebut serta ada yang tidak sabar ingin ke panggung wayang.

“Alhamdulilah terima kasih kerana memberi kelonggaran untuk membuka wayang dan semoga dapat menjaga sop di dalam tu,” kata seorang pengguna Facebook, Haiqal Haziq.

Seorang lagi pengguna Facebook, Cik Qaseh turut memberi komen tentang pembukaan pawagam esok dan turut mengajak sesiapa untuk menemaninya.

“Jom tengok wayang.. sape nak teman” katanya.

Selain itu, ada juga yang turut mempertikaikan keputusan pembukaan pawagam esok kerana tiada keutamaan untuk pembukaan sektor tersebut.

“Tak perlu fikir pasal pawagam dulu sebab pawagam bukan keutamaan dalam kehidupan rakyat. Banyak lagi sumber hiburan di luar sana yang boleh dinikmati secara online di rumah seperti netflix. 

“Sekarang fikirkan yang lebih perlu seperti masjid dan rumah ibadat untuk bukan islam, pasar malam, pasaraya serta lain-lain yang di fikirkan perlu secara normal dan mengikut sop yg tidak terlalu ketat.” Ujar Fendy Ibrahim di Facebook. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here