Kes 1MDB: Najib gagal gugurkan Sri Ram dari pasukan pendakwaan

0
269

PASUKAN pembelaan Najib Razak hari ini gagal menggugurkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya ad hoc bagi kes-kes berhubung 1MDB.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Yaacob Md Sam.

Alasan penghakiman bagi penolakan permohonan Najib ialah mahkamah tidak menemui sebarang kesilapan dalam pelantikan Sri Ram seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Pada 15 Februari lepas mahkamah tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Najib untuk menyingkirkan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwa raya perbicaraan kes yang berkait dengan 1MDB.

Alasan penghakiman Hakim mahkamah tinggi Mohamed Zaini Mazlan ialah dakwaan Najib bahawa Sri Ram terlibat dalam penyiasatan terhadap dirinya adalah tidak berasas.

Sri Ram adalah ketua pendakwaan dalam beberapa kes melibatkan 1MDB yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau tampil bersama pasukan pendakwaan dan peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan yang berlangsung secara maya hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here