Abdul Azeez masih belum bebas daripada tuduhan – SPRM

0
382

BEKAS Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang berdepan dengan 13 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, belum lagi dibebaskan daripada tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM hari ini menjelaskan
kenyataan peguambela tertuduh, Amer Hamzah Arshad di Mahkamah Rayuan semalam bahawa analisis laporan kewangan SPRM sebelum ini telah membebaskan anak guamnya daripada dakwaan rasuah hanya sekadar hujahan.

SPRM berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang memetik hujahan tersebut seolah-olah menggambarkan Abdul Azeez telah bebas daripada kesemua pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram sedangkan mahkamah belum membuat keputusan berhubung kes berkenaan.

“SPRM berharap orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut yang masih dalam perbicaraan sebelum mahkamah mendengar hujah balasan pendakwaan terhadap penghujahan pasukan peguam Abdul Azeez pada 6 Oktober depan.”

KENYATAAN SPRN

Abdul Azeez yang sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 13 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mac lalu menolak permohonannya untuk membatalkan kesemua tuduhan tersebut.

Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan itu kemudiannya didengar di Mahkamah Rayuan semalam. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here