Tentera hilang ketika latihan ditemui lemas

0
328

ANGGOTA tentera yang hilang semasa menjalani latihan Eksesais Para Predator pada ahad lalu ditemui lemas di Sungai Pahang, 8.15 pagi tadi.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi kenyataan mengesahkan penemuan mayat Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, 27, daripada pasukan Kompeni Pandura (Para).

“Jasad beliau ditemui oleh penduduk kampung di kawasan Kampung Serengkam, Maran kira-kira 70 kilometer dari lokasi kejadian.

“TDM merakamkan penghargaan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2 Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung serta mana-mana agensi yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Mohamad Azrin hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang dan SAR digerakkan bermula 4.50 petang, 29 Ogos lalu.

Sehubungan itu, TDM turut menzahirkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham, Nor Aqila Syafiqa Safuan dan ahli keluarga atas kehilangan itu serta akan menghulurkan bantuan sewajarnya demi kebajikan mereka. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here