KKM pantau sambutan Merdeka elak penularan Covid-19

0
351

SAMBUTAN Hari Kebangsaan 2021 berskala kecil yang bakal berlangsung esok, akan dipantau secara berterusan bagi memastikan tahap keselamatan acara itu bersesuaian dan berwaspada dengan situasi pandemik COVID-19.

Pemantau berkenaan akan dilaksanakan oleh sebuah jawatankuasa kerja pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah ditubuhkan baru-baru ini.

MOHAMMAD MENTEK

 Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek, sepanjang sambutan yang berlangsung secara fizikal di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, pegawai daripada KKM dan MKN akan menjalankan tugas pemantauan dari segi pergerakan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 

“Jadi kita sentiasa berbincang tentang pendekatan dan norma baharu yang kita akan perkenalkan untuk menjamin keselamatan dan mengelakkan sebarang penularan virus COVID-19,” katanya dalam program Malaysia Hari Ini di TV3 hari ini.

Beliau berkata, antara penekanan yang diberikan ialah individu yang terlibat dengan sambutan itu secara fizikal perlu lengkap suntikan vaksin, melaksanakan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka serta mengamalkan sanitasi berterusan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here