[VIDEO] Pemain ping pong tanpa tangan tetap ‘berbisa’

0
631

TIADA yang menyangka, walaupun tiada tangan tetapi tetap ‘berbisa’ dalam acara ping pong.

Ibrahim Hamadtou, 48 tahun, atlet dari Mesir itu memukau penonton apabila bermain ping pong dengan menggunakan mulutnya di Sukan Paralimpik 2020 selepas kehilangan kedua-dua belah tangan ketika dia berusia 10 tahun.

Kekurangan itu jelas tidak menjadi penghalang buat Ibrahim selepas kehilangan kedua-dua tangannya ketika kanak-kanak dalam nahas kereta api.

“Ketika saya berdiri di meja, saya lupakan segalanya, saya rasa seperti saya sedang bercakap dengan bola itu dan ia faham apa yang saya katakan. 

“Saya rasa seperti seorang raja bila saya di meja itu,” katanya.

Pada pertemuan menentang pemain Korea Selatan, Park Hong-kyu, Ibrahim mempamerkan kemahiran luar biasa dan memberikan tentangan sengit sebelum tewas 6-11, 4-11, 9-11.

Dia yang hanya menggunakan mulut bagi mengawal bat dan ketika melakukan servis sebelum ini berjaya memenangi pingat perak di Kejohanan Afrika pada 2011 dan 2013.

Ibrahim membuat penampilan pertama di pentas Paralimpik pada edisi Rio 2016 pada usia 43 tahun dan kini masih menjadi pencabar dalam kelasnya biarpun sudah berusia 48 tahun. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here