Awang Hashim janji terus perkasa agenda pengurusan sumber manusia

0
260

Oleh RIZQI ZABIDI

AHLI Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menzahirkan rasa syukur selain berterima kasih terhadap kepercayaan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kembali melantiknya sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Menurut Awang, lantikan di kementerian sama itu memberi lebih ruang dan peluang kepadanya untuk meneruskan agenda memperkasa pengurusan sumber manusia negara terutamanya berkaitan isu kebajikan pekerja dan hak majikan.

“Kami akan teruskan semua usaha yang sudah dilakukan bagi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

“Saya berjanji akan sentiasa menyokong segala usaha kerajaan dalam memulihkan negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di Pendang, Kedah, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut berjanji untuk memberi komitmen penuh dan bekerja bersungguh-sungguh untuk melaksanakan amanah yang disifatkan sebagai cukup besar.

“Selari dengan hasrat Perdana Menteri, keluarga Malaysia akan menjadi pendekatan malar segar dalam pentadbiran kerajaan baharu ini melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat lebih efisien.

“Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan kepada kita semua untuk berjuang bersama-sama rakyat dalam misi keluar daripada pandemik Covid-19, sekali gus memulihkan ekonomi negara,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here