Tiada lagi celoteh Aming, PM ucap takziah kepada keluarga

0
331

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Aming Salleh Abdullah, 8 tahun, yang dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira 1.30 pagi ini.

Ismail Sabri menerusi hantaran melalui Facebooknya berkata, beliau pernah membuat hantaran tentang kanak-kanak itu di media sosial  pada 23 Jan, semasa menjawat jawatan Menteri Kanan Keselamatan berkaitan nasihat yang disampaikan olehnya.

“Ternyata Allahyarham adik Aming merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham adik Aming yang kita sayangi,” katanya menerusi hantaran itu.

Terdahulu, celoteh Aming tular di media sosial menerusi video-video pendek yang disifatkan sebagai comel dengan kepetahannya menyampaikan nasihat dalam loghat Sabah.

Antara video yang mendapat perhatian adalah apabila Aming memberi nasihat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara berhadapan pandemik COVID-19. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here