Kane kekal, janji fokus bantu Spurs

0
279

PENYERANG sensasi Tottenham, Harry Kane mengenepikan rasa kecewa apabila gagal berpindah ke Machester City dengan memberi jaminan kepada penyokong, bahawa dia akan fokus membantu kelab memburu kejayaan.

“Sangat menakjubkan apabila menerima sokongan daripada penyokong Spurs pada Ahad lalu dan membaca mesej mereka sejak beberapa minggu lalu.

“Saya akan kekal di Tottenham pada musim ini dan akan 100 peratus fokus kepada pasukan. #COYS,” katanya di akaun Twitter .

Pengesahan itu sekaligus menamatkan spekulasi perpindahan kapten England itu ke kelab juara, City yang kini mengintai peluang melengkapkan barisan penyerang mereka untuk mempertahankan gelaran musim ini.

Pengendali Tottenham, Nuno Espirio Santo pantas memberi reaksi dan mengakui penting buat kelab untuk mengekalkan Kane yang baginya adalah salah seorang pemain terbaik di dunia.

Kane mengakhiri spekulasi perpindahannya dengan mengumumkan dia akan kekal di Tottenham pada musim panas ini selepas menerima hakikat yang dia tidak mampu memaksa perpindahan ke Manchester City.

Kapten England berusia 28 tahun itu mahu menyertai juara Liga Perdana Inggeris selepas Tottenham terus kemarau trofi sejak 13 tahun lalu.

Namun City gagal memenuhi permintaan Tottenham yang meletakkan harga terlalu tinggi ke atas Kane, yang akhirnya menerima situasi itu dan kembali fokus membantu Spurs.

“Saya rasa semua pemain perlu menunjukkan keyakinan yang hanya dengan bersatu kita boleh mencapai kejayaan,” kata Nuno.

Walaupun pintu masih terbuka buat Kane pada jendela perpindahan Januari nanti, kehadirannya buat masa ini mampu membantu Spurs yang sudah merakam dua kemenangan liga di bawah kendalian Nuno.

Kane adalah penjaring kedua terbanyak Tottenham pada 222 gol, 45 di belakang Jimmy Greaves. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here