[VIDEO] Golongan antivaksin ibarat hantu raya cari sijil vaksinasi

0
340

GOLONGAN antivaksin kini ibarat ‘hantu raya tidak bertuan’ merayau-rayau mencari klinik swasta yang boleh menjual sijil  vaksinasi tanpa perlu mengambil suntikan dos vaksin.

Portal berita Malaysianow mendedahkan bagaimana doktor-doktor di klinik-klinik swasta didatangi golongan ini yang mahu  menawarkan rasuah dalam usaha mendapatkan sijil vaksinasi.

Doktor-doktor tersebut bagaimana pun menolak perbuatan itu sebaliknya memberi penerangan tentang kepentingan mengambil vaksin.

Sebahagiann individu yang mahu membeli sijil vaksinasi itu memerlukan  sijil tersebut untuk kembali bekerja.

Apa yang mengejutkan kebanyakan daripada yang enggan menerima vaksin adalah golongan yang berpendidikan tinggi, berduit dan majoriti tinggal di kawasan bandar.

Individu yang mendapat vaksin lengkap diberi kelonggaran untuk bergerak, termasuk kebenaran merentas daerah bagi tujuan tertentu dan mengambil bahagian dalam aktiviti sosial dan ekonomi.

Mereka juga dibenarkan untuk makan di restoran dan melaksanakan aktiviti keagamaan di rumah-rumah ibadat.

Kegiatan sosial lain yang dibenarkan termasuk berkelah, berkhemah dan sukan yang tidak memerlukan kontak fizikal. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here