China rekod sifar kes baharu jangkitan Covid-19

0
542

PIHAK berkuasa China dilihat berjaya mengekang virus Covid-19 yang kembali menular di negara itu dengan varian Delta, menerusi ujian saringan besar-besaran dan sekatan pergerakan (lockdown) bersasar. Hari ini, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan mengesahkan jangkitan tempatan adalah sifar, selepas tempoh lima minggu.

Penularan terbaharu, bermula pada pertengahan Julai apabila pekerja pembersihan di lapangan terbang di Nanjing disahkan positif dan adalah kes paling serius sejak virus itu dikesan di Wuhan, pada tahun lalu.

Ribuan orang dijangkiti di berpuluh-puluh bandar, seluruh negara. Susulan itu, kerajaan menguatkuasakan lockdown, larangan perjalanan dan ujian besar-besaran di kawasan kejiranan sebagai strategi sifar kes.

Hasilnya, jangkitan tempatan terbaharu itu menurun dalam tempoh dua minggu dan hari ni merekodkan sifar kes baharu. Perkembangan terkini itu melegakan China selepas Wuhan dikatakan punca merebaknya virus Covid-19 ke seluruh dunia dan menyaksikan jutaan nyawa terkorban. – Agensi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here