Varian Delta membiak dalam hidung walaupun sudah vaksin

0
389

VARIAN Delta Covid-19 bukan sahaja boleh menular dalam tempoh lima hingga 15 saat serta tersebar melalui udara, kajian terkini mendapati varian tersebut lebih ganas apabila boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah menerima vaksin.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian itu membiak di dalam hidung individu yang sudah divaksinasi seolah-olah dia belum mendapatkan vaksin.

“Virus yang membiak itu sama kadar jangkitannya terhadap orang yang tidak divaksinasi, yang bermaksud orang yang sudah divaksin dapat menyebarkan virus itu dan menjangkiti orang lain.

“Sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta, terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak,” ujar beliau.

Tambah Noor Hisham, walaupun terdapat kemungkinan varian Delta itu boleh menjangkiti orang lain, individu yang divaksin masih dapat dilindungi daripada gejala yang lebih teruk serta kematian, yang sekali gus mengurangkan kemasukan pesakit ke hospital dan penggunaan ICU.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berharap semua orang mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi mengurangkan risiko yang lebih tinggi terhadap jangkitan varian Delta itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here