DAP jangan hanya harapkan PKR, Amanah: Rafizi Ramli

0
375

PARTI DAP diingatkan supaya tidak hanya ‘menumpang’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Amanah untuk meraih undi serta sokongan orang Melayu di kawasan luar bandar.

Peringatan itu dibuat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendesak supaya parti gabungan Pakatan Harapan (PH) melipatgandakan usahanya untuk meraih sokongan pengundi luar bandar jika mahu kembali berkuasa.

“Tidak boleh sekadar kata: “Saya akan dapatkan undi orang Cina, anda dapatkan Melayu.” kata bekas Ahli Parlimen Pandan ini pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia 2021.

Memetik laporan FMT, beliau mengakui, untuk memenangi hati penduduk di kawasan luar bandar, semuanya memerlukan banyak pelaburan dan usaha.

Sehubungan itu, beliau menggesa PH menggandakan usahanya untuk meraih sokongan pengundi luar bandar kerana penyelesaian gabungan itu memperluaskan pengaruhnya ke kawasan luar bandar “sebenarnya agak mudah”.

“Ia bukan soalan strategi, ia adalah soal usaha.

“Jika anda mahu menembusi kawasan luar bandar, anda perlu mendapatkan ahli politik yang tahu bagaimana hendak bergerak di lapangan, ikhlas dan ingin tahu masalah luar bandar…berbanding menjerit di Parlimen.”

Rafizi mengulas bagaimana PH boleh menembusi kawasan luar bandar dengan lebih baik, khasnya kawasan dikuasai orang Melayu, yang menyaksikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP mungkin tidak mempunyai begitu banyak pengaruh.

Beliau mendapati PH tidak mempunyai orang mencukupi untuk menjangkau pengundi luar bandar, sebahagian besarnya kerana ia “sukar dan memenatkan” dari segi masa serta usaha yang diperlukan untuk berbuat demikian.

“Secara semula jadi, ahli politik berfikiran jangka pendek. Apa-apa yang memakan masa terlalu lama, mereka mungkin tidak mahu lakukan kerana ia tidak mendapat hasil dalam satu atau dua tahun.

“Tetapi, jika PH mahu kembali menjadi kerajaan, ia memerlukan banyak usaha.” – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here