TMJ antara yang terawal ucap tahniah kepada Ismail Sabri

0
569

TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merupakan antara yang terawal mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang kesembilan

Selain baginda, antara yang terawal mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Bera itu ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Perkara terpenting yang negara perlukan ketika ini ialah kestabilan demi membolehkan negara kembali menumpukan terhadap usaha menangani krisis Covid-19,” kata bekas Menteri Luar Negara itu di laman-laman media sosial beliau.

Perlantikan bekas timbalan menteri ke jawatan tertinggi negara itu telah diumum secara rasmi oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan pelantikan Naib Presiden UMNO berkenaan Perdana Menteri baru menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bermesyuarat dengan Raja-Raja Melayu dalam satu persidangan khas yang diadakan di Istana Negara hari ini.

Turut sama mengucapkan taniah, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Saya mengucapkan tahniah serta berdoa semoga Allah melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan segala kemudahan kepada Datuk Seri dalam menerajui pentadbiran negara,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here