Ingat! Patuhi SOP nasihat Noor Hisham

Ini berikutan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi. Banyak tempat dibuka disebabkan oleh faktor ekonomi dan bukannya kerana ia selamat.

0
258

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat Malaysia untuk mematuhi kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan, berikutan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi.

Dalam hantaran di Twitternya, Dr Noor Hisham juga meminta orang ramai untuk mengelakkan tempat yang sesak dan sempit, selain untuk mendapatkan vaksinasi secepat mungkin.

“Satu peringatan kepada semua, banyak tempat dibuka disebabkan oleh faktor ekonomi dan bukannya kerana ia selamat. Perlu diingat, tolong pakai pelitup muka, pelitup muka berganda jika boleh, amalkan penjarakan fizikal dan kerap basuh tangan. Elakkan tempat yang sempit dan sesak. Kekal selamat dan dapatkan vaksinasi segera,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehingga semalam lebih daripada 50 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah divaksin sepenuhnya, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada sektor sosial dan ekonomi di Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterus bermula esok, termasuklah makan dalam kedai untuk individu yang telah divaksin penuh.

Menurut Muhyiddin, perkara itu telah diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang beliau pengerusikan hari ini, bagi membincang dan mempertimbangkan cadangan daripada Jawatankuasa Khas Teknikal MKN, untuk memperluaskan kemudahan sektor berkenaan terutamanya bagi Fasa Satu PPN.

Selain itu, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) juga dibenarkan bagi negeri-negeri Fasa Satu dan seterusnya mulai esok, serta terpakai dalam daerah yang sama sahaja.

Pada 15 Ogos, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan 11 jenis aktiviti perniagaan dalam sektor perdangangan dan pengedaran untuk terus beroperasi di bawah Fasa Satu PPN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here