Masalah ekonomi dan rakyat tetap jadi keutamaan

Azmin, Adham Baba ucap terima kasih pada semua pihak

0
309

BEKAS Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Mohamed Azmin Ali berkata, masalah ekonomi dan pekerjaan rakyat sentiasa menjadi keutamannya ketika wabak Covid-19 melanda negara.

Kenyataan beliau itu disiarkan di akaun Twitternya sejurus selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri.

“Walaupun ekonomi pulih, ramai yang menderita sepanjang wabak global yang kejam ini.

“Saya mohon maaf atas segala kekurangan saya. Suatu penghormatan untuk berkhidmat kepada anda. Ia sentiasa menjadi hasrat saya untuk menangani masalah ekonomi dan memelihara pekerjaan untuk rakyat,” kata beliau dalam ciapannya itu.

Senada dengan Azmin ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba.

Beliau dalam hantaran Whatsappnya turut menyatakan keputusan kerajaan meletakkan penamatan jawatan adalah sesuatu yg tidak dapat di elakkan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat kerana berterusan memberi sokongan. Sesungguhnya jawatan yg di pikul sangatlah berat apatah lagi melawan pandemik covid-19.

“Saya tidak bersendirian kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa beri kerjasama yg sangat besar dan kuat seningga kita mampu menempuhi tekanan ini. Terima kasih sahabat,” kata beliau – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here