Yob Hijrah selamat dipindahkan ke Royal Belum

0
282

PROSES pemindahan seekor gajah jantan diberi nama ‘Yob Hijrah’ ke Hutan Simpan Kekal (HSK) Royal Belum, Perak mengambil masa satu jam setengah dengan menggunakan khidmat dua gajah denak, semalam.

Terdahulu, gajah dianggarkan berusia 21 tahun dipercayai tersesat itu ditangkap pada 10 Ogos lalu selepas didapati merosakkan tanaman penduduk di Kampung Air Jada di Gerik.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata, gajah seberat kira-kira 1.5 tan itu berjaya dipindahkan kira-kira 12.30 tengah hari selepas usaha memujuknya dilakukan sejak 11 pagi.

Menurutnya, gajah itu diberi nama ‘Yob Hijrah’ kerana ditangkap pada hari sambutan Maal Hijrah, baru-baru ini.

“Masa agak lama diperlukan bagi ‘menarik’ gajah berkenaan menaiki lori memandangkan ianya jantan selain turut perlu menyeberang sungai, sekali gus memerlukan anggota berhati-hati melakukannya.

Operasi pemindahan gajah berkenaan turut membabitkan 10 kakitangan Perhilitan Perak dan 15 kakitangan PKGK berkenaan.

Gajah jantan itu dikenal pasti dari kumpulan Papulut yang terdiri daripada enam ekor kawanan, yang pernah dilihat penduduk kampung lebih setahun lalu.

“Kita yakin Yob Hijrah ini daripada kawanan itu, namun kini hanya ia sahaja yang dilihat memasuki kampung dan merosakkan tanaman penduduk seperti kejadian pada 8 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, kita yakin baki lagi lima gajah berkenaan tidak akan kembali ke kampung itu dalam waktu terdekat kerana musim buah pun hampir tamat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here