Ebit Lew buat kejutan, singgah gerai buah Azlee Senario

0
361

LIMA hari selepas wartawan SatuBerita.My menyiarkan laporan dan video selebriti, Azlee Senario mencari rezeki dengan berniaga buah-buahan di tepi jalan, semalam gerainya dikunjungi pelanggan istimewa, ustaz Ebit Lew.

Penceramah bebas itu singgah bertemu Azlee selepas tular berita mengenai kegigihan pelawak ini mencari rezeki, apabila industri hiburan terpaksa ditutup sementara akibat pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah. Ia satu kejutan apabila di kunjungi orang yang saya segani dan hormati Ustaz Ebit Lew di tapak saya berniaga,” katanya yang menjual pelbagai jenis buahan tempat di Tapak Pasar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

Sebelum ini, Azlee mengakui ramai penggiat seni terpaksa melakukan kerja di luar bidang disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) sejak tahun lalu.

Bahkan, ada juga anak seni yang masih terkais-kais mencari punca pendapatan lantaran kekangan ruang pekerjaan.

Ketika ditemui pada 10 Ogos lalu, Azlee tanpa segan mengakui, dia mengambil inisiatif berniaga untuk menyara keluarga dan berharap mampi bertahan ketika berdepan detik sukar ini.

Selain itu, pelawak serta pelakon ini juga banyak terbabit dalam kerja sukarela bersama badan bukan kerajaan (NGO) membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19, khasnya mereka yang daripada golongan seni, anak-anak seni dan mereka yang terkesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here