Pertimbangkan tawaran Muhyiddin – Tony Pua

0
277

PERTIMBANGKAN tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana ia untuk kepentingan rakyat dan tiada ruginya bagi pembangkang untuk berbuat demikian, kata Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua.

Jelas beliau dalam hantaran Facebooknya, pertimbangan itu juga perlu dibuat sekiranya Pakatan Harapan tidak dapat mengumpulkan sokongan majoriti kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Publisiti DAP tersebut menjelaskan, adalah wajar untuk pemimpin pembangkang mempertimbangkan untuk menghadiri pertemuan yang dicadangkan oleh Muhyiddin.

“Pandangan saya, jika kita tidak dapat kumpulkan sokongan majoriti untuk Ketua Pembangkang, kita perlu mempertimbangkan tawaran yang diberikan oleh Muhyiddin.

“Beliau meminta untuk bertemu semua parti pembangkang untuk berbincang, Dan kita sekurang-kurangnya perlu untuk setuju menghadiri pertemuan itu.

“Lagi pun ia adalah untuk kepentingan rakyat, tidak ada yang merugikan,” katanya.

Tony juga menjelaskan sekiranya tawaran dari muhyiddin itu diterima, pembangkang mampu menyekat kumpulan kleptokrat dari kembali berkuasa.

Beliau selanjutnya menambah, dengan memberi sokongan kepada Muhyiddin, pembangkang dapat meneruskan beberapa agenda seperti reformasi parlimen yang tidak sempat dilaksanakan.

“RUU tempoh dua penggal untuk Perdana Menteri. PH tidak dapat melakukan ini kerana kita tidak mendapat 2/3 majoriti. Tetapi sekarang, untuk RUU ini, jika PH dan PN boleh bersetuju, kita boleh meminda perlembagaan.

“Anti Lompat Parti. Jangan biarkan saya mulakan akar kepada segala masalah yang membawa Malaysia kepada krisis politik yang kita hadapi sekarang.

“Ya, Bersatu dan PN adalah merupakan tunjang segala aktiviti lompat parti. Tetapi jika tawaran itu ikhlas, dan saya percaya ia ikhlas kerana memerlukan sokongan kita, maka kita perlu merebut peluang untuk meluluskan akta anti lompat parti serta merta,” katanya lagi. – SB

Tony membuat hantaran Facebook berkenaan sebagai mengulas Perutusan Khas pada Jumaat, Muhyiddin memberi tujuh tawaran kepada pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan bi-partisan.

Antara tujuh tawaran tersebut ialah membentangkan RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here