Persefahaman rentas parti, kerajaan minoriti boleh jika pembangkang setuju

0
243

BEKAS Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, membentuk kerajaan minoriti bukanlah suatu yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan.

Beliau berkata, terdapat lain-lain negara yang ditadbir oleh kerajaan minoriti dan India sebagai contoh, pernah diperintah oleh kerajaan minoriti selama dua tahun.

“Sekiranya pihak pembangkang bersetuju, boleh sahaja menubuhkan kerajaan minoriti.

“Bi-partisian atau persefahaman rentas parti seperti yang disarankan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, apa yang boleh saya katakan ialah terpulang kepada pihak pembangkang untuk membuat keputusan,” katanya seperti dilaporkan Suara Merdeka.

Beliau juga berpendapat, katakanlah kerajaan yang ada hari ini hilang undi percaya di Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong tidak perlu bubarkan Parlimen.

“Jika Perdana Menteri berkata buat pilihan raya, Agong boleh menolaknya dan juga boleh memanggil sesiapa sahaja yang dihendaki untuk membentuk majoriti,” ujar beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here