Kaunter JPJ mula dibuka pada hari ini

0
306

KAUNTER-kaunter urusan disemua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan ((JPJ) Malaysia mula dibuka untuk operasi pada hari ini.

OPerasi kaunter JPJ beroperasi semula selepas ditutup sejak perlaksanaan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan awal tahun ini.

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi jabatan berkenaan, kaunter-kaunter tersebut akan juga dibuka pada hujung minggu.

Bagaimanapun, Semua urusan di kaunter kaunter yang dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari tersebut adalah hanya secara temujanji berjadual.

Kenyataan tersebut turut menyebut kapasiti petugas untuk jabatan berkenaan mengikut sop yang telah ditetapkan kerajaan mengikut fasa pelan pemulihan negara.

Bagi fasa pertama, hanya 50 peratus kapasiti petugas dibenarkan bekerja manakala bagi fasa kedua, ketiga dan keempat masing-masing ditetapkan pada kadar 60 peratus, 80 peratus dan 100 peratus. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here