Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang meninggalkan Barcelona minggu lalu selepas 21 tahun bersama, menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Paris Saint-Germain (PSG) dengan pilihan tambahan setahun, umum kelab itu semalam.
Messi, 34, akan menggunakan nombor 30 pada jersinya seperti didedahkan PSG menerusi rakaman video – nombor sama yang digunakannya ketika memulakan karier profesional bersama Barcelona antara 2004 hingga 2006.
“Saya tidak sabar untuk memulakan babak baharu karier saya di Paris Saint-Germain,” kata Messi dalam satu kenyataan menerusi laman sesawang kelab.
“Semua mengenai kelab ini menepati cita-cita bola sepak saya,” kata Messi yang diberi sambutan hangat oleh penyokong PSG sebaik tiba di ibu kota Perancis itu.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.