[VIDEO] Jambatan runtuh: Tiga kampung terima bekalan menerusi udara

0
363

KIRA-KIRA 500 penduduk di tiga perkampungan di pergunungan Kaohsiung, Taiwan yang terputus hubungan dengan dunia luar sejak Sabtu lalu kini bergantung kepada bekalan makanan yang dihantar menggunakan helikopter.

Penduduk di daerah Taoyuan, selatan Taiwan itu terputus hubungan setelah jambatan Mingbakelu menghubungkan kawasan itu runtuh akibat banjir besar melanda kawasan itu Sabtu lalu.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, pada Ahad sepasukan jurutera syarikat tenaga elektrik telah dihantar ke kawasan itu untuk memulihkan bekalan elektrik dan menghantar 300 kilogram barang keperluan dan ubat-ubatan.

Semalam, hampir satu tan barangan keperluan dihantar menggunakan dua helikopter Tentera Udara Taiwan.

Pertembungan Taufan Lupit dengan angin monsun barat daya membawa hujan lebat selama lapan hari sehingga menyebabkan banjir besar di wilayah berkenaan.

Pada Sabtu wilayah tersebut menerima taburan hujan sehingga 700 milimeter, menyebabkan berlaku banjir lumpur besar yang menyebabkan jambatan Mingbakelu runtuh.

Pihak berkuasa lebuh raya Taiwan memberitahu akan membina laluan sementara yang akan mengambil masa antara 16 hingga 20 hari.

Kerja membaik pulih jambatan pula dijangka siap April tahun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here