Grealish teruja status ‘paling mahal’

0
331

PEMAIN England pertama bernilai 100 juta pound (RM585.3 juta), Jack Grealish mengakui dia cukup menikmati status pemain paling mahal itu selepas menyertai juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City dari Aston Villa.

Grealish melengkapkan perpindahan minggu lalu, sekaligus meletakkannya sebagai pemain termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, mengatasi rekod perpindahan Paul Pogba ke Manchester United pada tahun 2016.

“Sebenarnya saya sukakannya, saya rasa ia satu gelaran yang bagus untuk dimiliki.

“Ia amat bermakna kepada saya apabila kelab sanggup membelanjakan sebanyak itu ke atas saya, ia meningkatkan keyakinan saya. Ia menunjukkan betapa tinggi kelab dan pengurus menilai saya.

“Saya harap sekarang saya dapat membalas kelab bola sepak ini dengan memenangi sebanyak mungkin kejuaraan dan trofi yang kita semua mahukan,” kata Grealish, 25.

Trofi yang menjadi idaman City tentunya Liga Juara-Juara Eropah, yang masih belum berjaya dimiliki walaupun di peringkat domestik mereka menjuarai Liga Perdana Inggeris sebanyak lima kali sejak 10 tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here