JAGUH trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat perak buat Malaysia dalam acara keirin lelaki Olimpik Tokyo 2020 hari ini.
Seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan pertarungan Azizulhasni di pentas final menzahirkan rasa gembira dan bangga dengan kejayaan tersebut.
Orang ramai turut memuji pengorbanan luar biasa yang dilakukan oleh Azizulhasni demi tanggungjawab yang digalaskan apabila beliau terpaksa meninggalkan ibu isteri, anak-anak serta ayahnya yang disahkan menghidap penyakit strok sebelum beliau berangkat ke Tokyo.
Rakyat Malaysia turut mengalungkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom di atas semangat juang yang tinggi dan tidak mengalah untuk meneruskan perjuangan biarpun mengalami kecederaan akibat daripada kemalangan ketika saingan repecharge, semalam.
Biarpun Shah Firdaus terkandas di suku akhir, namun semangatnya untuk terus berjuang walaupun dalam kesakitan sememangnya layak mendapat pujian dan sanjungan.
Terima kasih dan syabas Azizulhasni dan Shah Firdaus!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.