JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berjaya mara ke aksi suku akhir keirin selepas mendominasi saringan ketiga dengan mudah di Velodrom Izu di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Beliau berjaya mengatasi lima pelumba lain termasuk Nicholas Paul dan Patryk Rajkowski.
Dalam pada itu, atlet negara Shah Firdaus itu dihimpit oleh pelumba Great Britain, Jack Carlin, sehingga terjatuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan yang dimulakan semula itu.
Bagaimanapun, walaupun disahkan mengalami kecederaan di bahagian rusuknya, atlet negara kelahiran Muar, Johor itu memilih untuk menyertai pusingan repechage bagi merebut tempat ke suku akhir.
Penuh dengan keazaman dan jiwa yang kental, Shah Firdaus berjaya menamatkan saingan tersebut di tempat kedua sekali gus berjaya untuk ke suku akhir.
Namun, Shah dikejarkan ke Hospital Universiti Juntendo, Shizouka selepas disyaki mengalami kecederaan tulang rusuk.
Kedua-dua pelumba basikal negara itu akan bersaing di peringkat suku akhir esok dalam usaha merealisasikan impian pingat negara. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.