Imuniti kelompok Oktober ini, empat bulan awal dari sasaran – KJ

0
505

WALAUPUN bilangan kes Covid-19 meningkat tetapi kadar pemberian vaksin di negara juga meningkat mendadak pada Julai, jauh lebih baik daripada kadar vaksinasi yang direkodkan pada hujung Februari sehingga Jun lepas.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sidang khas Parlimen berkata, pada Februari hingga Jun sebanyak lapan juta dos diberikan dalam tempoh tersebut.

“Tetapi pada bulan Julai ini saja, sehingga hari ini, pemberian vaksin telah melebihi 10 juta dos. Kadar vaksinasi harian juga telah catatkan jumlah tertinggi semalam apabila 553,871 dos berjaya diberikan di seluruh Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, 80% penduduk di vaksin pada mulanya dijangka capai pada Februari 2022. Namun begitu, berjaya disingkatkan dan bakal capai sasaran pada Oktober ini. Khairy juga berkata vaksin Covid-19 di Malaysia adalah secara sukarela dan tidak diwajibkan.

Namun, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Sidang Khas Parlimen pula memberikan cadangan untuk wajibkan suntikan vaksin Covid-19 kepada semua rakyat Malaysia.

“Wajibkan vaksin, jadikan mandatori. Tak boleh ada yang mahu, ada yang tak mahu. Bahaya kita.”

Menurut Bung Moktar, Covid-19 merupakan wabak yang memusnahkan ekonomi dan kini ada yang terkesan sudah ada sanggup membunuh diri.

Meninjau ke sebuah ciapan di Facebook, ada juga dalam kalangan warga net yang membuat graf ekstrapolasi jangkaan jumlah rakyat yang bakal diinokulasi berdasarkan data semasa.

Menurut kepada ciapan yang dibuat oleh Hasani Hassan itu, dijangkakan semua yang berdaftar untuk vaksin akan dapat melengkapkan vaksin menjelang 10 September ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here