“Betul lah orang cakap nak buat business bukan mudah” – Bekas pramugari ceburi bidang perniagaan

0
492

WALAUPUN bertukar bidang tetap boleh berjaya dengan adanya tekad dan usaha yang keras. Baru-baru ini, bekas pramugari Nurfarahshazreen, 31 tahun mencapai rekod jualan 1 juta setahun. Menurut Farah, sebelum ini dia merupakan salah seorang pramugari Airasia yang terkesan akibat Covid-19. 

Namun, beliau redha dengan perjalanan yang dilalui dan terus bangkit dengan memulakan langkah kaki kanan dengan ceburi bidang niaga. Farah juga berkata, pengalaman yang paling sukar untuk dilupakan adalah ketika beliau ambil keputusan untuk mulakan perniagaan.

“Alhamdulillah saya percaya pada rezeki Allah SWT itu luas, saya diberi peluang oleh kawan baik sendiri yang merupakan produk founder Zulin Aziz untuk menjadi salah seorang stokis produk. Saya bermula dari bawah, belajar dan belajar untuk berjaya menjadi seperti Superwoman perniagaan lain yang saya kagumi”, katanya dalam laporan NONA.

Menerusi kenyataan Farah di Instagram, dunia perniagaan sememangnya bukan mudah. Tetapi beliau tetap yakin pada rezeki Allah SWT dan teruskan usaha sehingga beliau berjaya pecah rekod buat jualan sejuta pertama.

Menurut Farah, beliau masih memberi ruang untuk dirinya belajar dalam dunia perniagaan.

“Insyallah selepas saya mempunyai pengalaman dan team yang kuat saya memasang impian untuk membuat produk kecantikan jenama sendiri dan saya akan pastikan produk saya itu dapat membantu ramai orang di luar sana dengan membuka peluang pekerjaan.” kata Nurfarahshazreen.

Kredit: NONA, Instagram fashazreen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here