Penceramah motivasi herdik gelandangan dikompaun

0
317

PENCERAMAH motivasi yang tular ekoran tindakan kurang sopan mengherdik gelandangan warga emas dikompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Kesalahan dilakukan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur ketika individu terbabit menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 gelandangan di pusat transit berkenaan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, tindakan tersebut diambil mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Sebelum itu tular satu video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai seorang influencer meninggikan suara terhadap gelandangan warga emas dan mendapat perhatian serta reaksi panas daripada warga maya hari ini.


“Umur berapa? 64? Saya tanya betul-betul. Masa muda dulu menyesal tak… tak buat betul-betul? Masa muda dulu menyesal tak banyak main-main, banyak tak buat betul-betul, malas, menyesal tak masa muda?” ujar lelaki kepada salah seorang gelandangan warga emas di dalam video berkenaan.


Tindakannya yang meninggikan suara dan mempersoalkan sama ada warga emas tersebut menyesal kerana tidak berusaha sewaktu masih muda sehingga menjadi gelandangan dilihat seperti tidak tahu tentang adab ketika bercakap dengan orang yang lebih tua.


Malah, lelaki tersebut turut bertanya sama ada pernah atau tidak golongan gelandangan ini berharap Tuhan menghantar seseorang untuk membuka jalan hidup baharu kepada mereka.


“Pernah tak you all wish one day, tak kisah you agama apa, you pray to god, God show me the way i want to change my life. What is today God sent me to help you guys?” tambahnya dengan tegas.


Video berdurasi 50 saat itu mula mendapat perhatian netizen apabila salah seorang pengguna Twitter mengambil video tersebut daripada ‘Instagram story’ milik akaun peribadi influencer tersebut dan memuat naik video berkenaan ke laman sosial Twitter.
Setakat ini, video berkenaan telah mendapat sebanyak 11 ribu ulang kicau sejak dimuat naik di Twitter 9 jam lalu.


Rata-rata netizen berang dan kecewa dengan tindakan influencer yang dikatakan bersikap angkuh dan tersebut dan meluahkan rasa simpati terhadap warga emas yang diherdik olehnya.


“Not the right place and tone. Tiada adab,” luah @iedildzuhrie.
“I can’t accept when people do like this lagi lagi dengan orang tua, where your respect bro, don’t think you’ve successfully you can step on people bruh. This is too much, i swear one day the other people do the same to you!” kata pemilik Twitter @chewinnggumm.
” I feel so bad for the pakcik. How can you say like that to an elderly IN FRONT OF OTHER PEOPLE. How rude you are,” ulas seorang lagi pengguna Twitter, @todysbebe.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here