Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Buat kecoh, hina anggota bawahan, inspektor wanita ditahan -

Buat kecoh, hina anggota bawahan, inspektor wanita ditahan

SEORANG pegawai polis wanita yang dirakam menghina anggota bawahannya ditahan susulan dua kertas siasatan dibuka terhadapnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata wanita berpangkat inspektor itu pertama kali dipanggil ke IPD Gombak semalam berhubung pertengkaran dengan dua anggota polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Khamis lalu.

Katanya, pegawai itu sekali lagi ke IPD Gombak hari ini untuk dirakam percakapan berhubung siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Beliau berkata, wanita itu disiasat atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan menggunakan perkataan kurang sopan, aib atau menghina.

“Semalam dia dipanggil (ke IPD Gombak) dan hari ini dia ditahan di IPD berkenaan berhubung dua kertas siasatan yang dibuka terhadapnya,” katanya menurut Berita Harian.

Selepas video pertengkaran wanita itu dengan anggota bawahan di Batu Caves tular Khamis lalu, satu lagi klip video memaparkan pegawai sama bertengkar dengan orang awam di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields tersebar sejak semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 5.30 petang kelmarin dan seorang wanita membuat laporan di IPD Brickfields mendakwa pegawai terbabit memarahi beliau dan keluarganya, serta menuding jari ke arah kepalanya, lapor FMT.