Filipina: Feri bawa 65 penumpang terbakar

0
163

SEBUAH feri Filipina yang membawa kira-kira 65 penumpang dan anak kapal dilapor terbakar ketika belayar pada Ahad.

Pengawal pantai memaklumkan feri M/V Esperanza Star terbakar pada waktu subuh ketika dalam perjalanan dari wilayah Siquijor ke wilayah Bohol di tengah Filipina.

Sebuah kapal pengawal pantai telah dikerah untuk memadam api dan menyelamatkan mangsa, lapor Agensi.

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat tentang jumlah mereka yang telah diselamatkan, atau jika terdapat kemalangan jiwa.

Gambar dan video yang dikeluarkan oleh pengawal pantai menunjukkan api dan kepulan asap hitam dari dua dek di bahagian hujung feri.

Media melaporkan kemalangan laut adalah perkara biasa di kepulauan Filipina kerana ribut yang kerap, kapal yang tidak diselenggara, kesesakan, serta penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak jelas, terutamanya di wilayah terpencil.

Pada Disember 1987, feri Dona Paz karam selepas berlanggar dengan kapal tangki bahan api mengakibatkan lebih 4,300 orang terbunuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here