Tag: Vape
-
Kumpulan anti tembakau, hak asasi kanak-kanak saman menteri kesihatan
BADAN pemikir kesihatan dan hak asasi kanak-kanak memfailkan saman terhadap Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan kerajaan kerana menyahsenaraikan cecair nikotin daripada Akta Racun 1952 walaupun mendapat bantahan keras daripada penyokong dasar kesihatan awam. CodeBlue melaporkan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), yang mewakili lebih 40 pertubuhan, Pertubuhan Green Lung Malaysia (MGLA), dan Voice of the…
-
‘Kerajaan bagaikan lepas tangan, iklan vape semakin tidak terkawal, melampau’ – NGO
PERTUBUHAN Green Lung Malaysia menegaskan, kerajaan perlu mengambil tindakan lebih drastik terhadap sebarang promosi membabitkan pengiklanan produk vape yang dilihat semakin tidak terkawal dan melampau sejak kebelakangan ini. Persatuan itu dalam kenyataannya, mendakwa kerajaan kini seolah-olah menyerahkan hak sepenuhnya kepada penjual dan industri vape serta rokok elektronik untuk menentukan peraturan sendiri tanpa batasan. “Sekarang ini,…
-
Ramai remaja, gadis beli vape tanpa rasa takut
LEBIH ramai remaja didakwa kini bebas memasuki premis menjual vape dan membeli cecair berasaskan nikotin untuk gajet vape masing-masing. Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) , N. V. Subbarow berkata, tinjauan pihaknya dua hari lalu mendapati sebahagian remaja berkenaan kelihatan amat muda malah ada yang mengaku baru berumur 14 tahun atau tingkatan dua. Menurutnya,…
-
Alasan menteri kecuali nikotin dari Akta Racun tak boleh diterima – MMA
PERSATUN Perubatan Malaysia (MMA) menyuarakan rasa kecewa terhadap Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berhubung langkah kerajaan untuk mengecualikan nikotin daripada Akta Racun. Menurut presidennya Dr Muruga Raj Rajathurai, Dr Zaliha dalam satu mesyuarat pada Rabu lalu mengakui bahawa keadaan itu bukanlah ideal kerana Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 masih belum diluluskan.…
-
Status GEG dipersoal selepas langkah nyahsenarai nikotin
STATUS dan dasar Penamat Generasi atau Generation End Game (GEG) terus dipersoal selepas tindakan Putrajaya mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan kawalan Akta Racun, menambah risiko lebih ramai anak muda terjebak aktiviti vape. Ketua Eksekutif Galen Center Azrul Mohd Khalib berkata kenyataan balas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi soal jawab perdana menteri di Dewan Rakyat…
-
Pemimpin PAS, Umno sertai bantahan pakar kesihatan berhubung langkah nyahsenarai cecair nikotin
DUA doktor perubatan dari PAS dan Umno menyertai kritikan terhadap langkah kerajaan menyahsenarai cecair nikotin sebagai bukan lagi bahan kawalan. Mereka mengulangi amaran daripada kumpulan aktivis anti-tembakau dan pakar perubatan bahawa keputusan itu akan membawa kepada krisis kesihatan dengan golongan muda kini lebih mudah mendapatkan produk vape. Exco Kelantan yang bertanggungjawab terhadap kesihatan dari PAS,…
-
Pelakon, tiga rakan didakwa edar dadah
SEORANG pelakon dan tiga rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada 10 Jan lepas atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di sebuah kedai vape. Pertuduhan ke atas pelakon drama ‘Hati Tanpa Rasa’, Said Muhammad Ismail Said Pakir, 29; Sarvinder Singh Hernam Singh, 23; Delson Dean Samson Akmal, 26; dan Muhammad Amir Hafiz Zamani, 30, dibacakan di hadapan Majistret…
-
Cukai vape boleh dilaksana selepas KKM teliti isu perundangan
PENCUKAIAN ke atas produk vape boleh dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) selesai meneliti isu perundangan berkaitan bahan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong. “KKM sedang meneliti perundangan tersebut dan mungkin ada pengumuman dalam bajet (Belanjawan 2023). “Jika perundangan tersebut diluluskan, saya menjemput sokongan di sebelah sana (pembangkang) kalau diluluskan, mungkin vape boleh…
-
Polis rampas cecair, peranti vape bernilai RM1.55 juta
POLIS menahan tiga individu dan merampas 2,753 kotak mengandungi pelbagai jenis cecair serta peranti rokok elektronik (vape) bernilai RM1.55 juta di sebuah premis di Jalan Eco Perniagaan 1/2, Taman Eco Perniagaan, Johor Bahru semalam. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 22 hingga 25 tahun itu, ditahan…
-
Polis sahkan wujud kegiatan jual vape mengandungi dadah
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan wujud aktiviti menjual cecair rokok elektronik (vape) yang mengandungi dadah secara terbuka. Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata tindakan membanteras kegiatan itu telah dan sedang diambil PDRM. Beliau berkata ia termasuk kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape di sekitar Lembah Klang pada bulan lepas dengan…