Tag: ukraine
-
MH17: Rusia, Ukraine bertemu di Mahkamah Dunia
UKRAINE dan Rusia bersemuka di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini berhubung dakwaan Moscow menyokong pemisah pro-Russia yang dipersalahkan atas kejadian menembak jatuh pesawat penumpang MH17 pada 2014. Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mendengar dakwaan Ukraine bahawa Moscow melanggar perjanjian anti-keganasan PBB dengan melengkapkan dan membiayai pasukan pro-Russia yang disimpulkan oleh penyiasat…
-
Risikan Ukraine dakwa Putin ada klon?
PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin dilaporkan jatuh tergelincir di kediaman rasminya di Moscow di tengah-tengah spekulasi yang semakin meningkat tentang keadaan kesihatan pemimpin berusia 70 tahun itu yang didakwa semakin merosot. The Telegraph Channel melaporkan Putin turut ‘terbuang air besar’ secara tidak sengaja kerana impak pada tulang tongkeng beliau disebabkan penyakit barah yang menjejaskan perut dan…
-
Erdogan, Putin bincang isu loji kuasa nuklear Ukraine
Presiden Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin pada Sabtu mengadakan perbincangan menerusi telefon yang antara lain menumpukan kepada isu loji kuasa nuklear Zaporizhzhia, Ukraine. Erdogan berkata berhubung isu loji kuasa nuklear Zaporizhzhia, Turkiye boleh memainkan peranan sebagai pemudah cara, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Direktorat Komunikasi Turkiye. Kedua-dua pemimpin itu turut…
-
Presiden Ukraine, pemimpin Eropah bincang perang dengan Rusia
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengadakan pertemuan dengan pemimpin Jerman, Itali, Perancis dan Romania di ibu negara Kyiv pada Khamis dan membincangkan mengenai perang dengan Rusia. “Hari yang sibuk. Mesyuarat penting,” lapor Agensi Anadolu memetik perkongsian Zelensky di akaun Telegramnya. “Gembira bertemu Presiden Perancis Emmanuel Macron, Canselor Jerman Olaf Scholz, Perdana Menteri Itali Mario Draghi dan…
-
Polis bongkar sindiket edar dadah, empat termasuk warga Ukraine ditahan
Kegiatan sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang yang dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu terbongkar dalam serbuan di bangunan kedai di Batu 11, Cheras, Kajang, 24 Mei lalu. Harian Metro melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata, pihaknya menjalankan serbuan di lokasi berkenaan kira-kira jam 6 petang. “Dalam…
-
Isu keselamatan makanan tidak selesai tanpa Rusia, Ukraine, Belarus kembali ke pasaran dunia
ISU keselamatan makanan global tidak akan dapat diselesaikan tanpa Ukraine, Rusia dan Belarus kembali ke pasaran dunia, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres pada Rabu. “Masalah itu tidak akan selesai tanpa membawa kembali Ukraine sebagai pengeluar hasil pertanian dan makanan manakala Rusia dan Belarus pembuat baja utama kembali ke pasaran dunia. “Saya berazam untuk berusaha…
-
Tentera Rusia terdedah radiasi
TENTERA Rusia dikhuatiri terdedah kepada radiasi selepas mereka menguasai kawasan sekitar tapak loji janakuasa nuklear Chernobyl sejak empat minggu lalu, kata pegawai Ukraine. Kenderaan yang digunakan tentera Rusia juga berkemungkinan meningkatkan debu radioaktif dan menjejaskan kesihatan askar yang mengorek parit di kawasan teruk dicemari, menurut agensi nuklear Ukraine, Energoatom. Loji janakuasa itu, yang juga tapak…
-
Rundingan damai Ukraine – Rusia pusingan seterusnya di Istanbul
MESYUARAT rundingan damai yang seterusnya antara Rusia dan Ukraine akan diadakan di Istanbul, Turki, dan dipersetujui presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin pada Ahad. Erdogan dan Putin membincangkan perkembangan terkini dan proses rundingan damai krisis Rusia-Ukraine menerusi perbualan telefon, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Komunikasi Turki. Erdogan menegaskan…
-
Lebih 9,000 penduduk dipindahkan dari Ukraine dalam tempoh 24 jam
SERAMAI 9,145 orang dipindahkan melalui koridor kemanusiaan di Ukraine dalam tempoh 24 jam terakhir, lapor media Ukraine lewat Jumaat. Sembilan koridor bantuan kemanusiaan dibuka pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita negara Ukrinform. “Seramai 4,972 orang, termasuk 1,124 kanak-kanak, dipindahkan dari tenggara wilayah Mariupol ke bandar tenggara Zaporizhia,” kata Timbalan Ketua Pejabat Presiden Ukraine Kyrylo Tymoshenko…
-
Ukraine, Rusia mungkin capai persetujuan rundingan damai dalam tempoh seminggu
PENASIHAT Penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak pada Khamis berkata Ukraine dan Rusia kini ke arah mencapai persetujuan rundingan damai dan mungkin mengambil masa kira-kira seminggu untuk dimeterai, lapor agensi berita Xinhua, memetik media dalam talian Ukraine, Liga.net. Kyiv mahu menetapkan syarat secara terperinci bagi pengunduran tentera Rusia dari Ukraine menerusi perjanjian damai itu, kata Podolyak. Beliau yang…