Tag: tipu
-
Wanita rugi RM89,650 ditipu tawaran kerja menerusi WhatsApp
SEORANG wanita mendakwa kerugian RM89,560 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan secara dalam talian menerusi aplikasi WhatsApp, minggu lepas. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa yang berusia 34 tahun mendakwa menerima tawaran itu pada 4 Feb lepas, yang memerlukannya untuk mengikuti dan memberi tanda ‘like’ di akaun Instagram. “Mangsa mendakwa ditawarkan komisyen…
-
Polis tahan lelaki tipu perkhidmatan bersih rumah babit kerugian RM113,238
POLIS menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat dalam kes menipu urusan perkhidmatan pembersihan rumah yang tidak wujud melalui Facebook sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM113,238.61 dalam kejadian baru-baru ini. Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya lelaki berusia 20-an itu ditahan di Taman Mewah, Kemunting di Perak semalam hasil maklumat dan risikan yang dijalankan Bahagian…
-
Jurutera rugi RM2.9 juta ditipu Macau Scam
SEORANG jurutera kerugian RM2.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam baru-baru ini. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata mangsa berusia 45 tahun itu sebelum ini dihubungi seorang individu mendakwa dari syarikat kurier, memaklumkan ada bungkusan terlarang yang tiba pada 1 Disember lalu. Katanya, pemanggil kemudiannya memberitahu mangsa terdapat MyKad dan…
-
Syarikat pelancongan ‘lesap’, impian 40 orang bercuti di Krabi terbantut
KETERUJAAN 40 individu untuk bercuti ke Krabi, Thailand terbantut apabila mereka ditipu sebuah agensi pelancongan yang mengakibatkan kerugian lebih RM30,000. Peserta rombongan Kartini Arshad, 58, berkata, perkara itu hanya diketahui mereka jam 4 petang pada Rabu apabila seorang wanita yang berurusan dengan pekerja syarikat pelancongan terbabit memaklumkan berlaku masalah membabitkan bas yang akan dinaiki mereka…
-
Lelaki guna kad bank pesara beli emas ditahan
POLIS menahan seorang lelaki warga Filipina kerana disyaki menipu dengan menggunakan kad bank seorang pesara untuk membeli pelbagai barangan kemas di platform pembelian dalam talian. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata suspek berumur 37 tahun itu, yang juga penjaga kepada pesara yang mempunyai masalah kesihatan, mengaku membuat 19 transaksi bagi pembelian gelang tangan emas, ‘gold bar’…
-
Guna ‘datuk palsu’, ahli perniagaan dituduh tipu bekas speaker DUN Melaka
PENGASAS Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi Shamsubahrin Ismail didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas tuduhan menipu dalam penjualan kenderaan mewah serta menggunakan gelaran Datuk palsu. Tertuduh berusia 57 tahun itu mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan tersebut, yang dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam. Shamsubahrin dituduh memperdaya Datuk Seri Ab Rauf…
-
Pemilik stesen minyak didakwa tipu ahli perniagaan RM2.3 juta
SEORANG pemilik stesen minyak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan dan menggunakan dokumen palsu membabitkan kerugian berjumlah RM2.3 juta, tahun lepas. Hanafi Husin, 39, didakwa menipu lelaki berusia 34 tahun itu dengan memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang tunai sebanyak tiga kali dan memasukkan wang…
-
Tukang tilik warga India dituduh tipu lebih RM500,000
Oleh WARTAWAN SATU BERITA SEORANG tukang tilik warga India didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini atas dakwaan menipu seorang kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian lebih setengah juta ringgit. Bagaimanapun, tertuduh, N. Prakash, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret…
-
Lelaki bujang bunuh diri akibat ‘phone scam’
GARA-gara penipuan ‘phone scam’ seorang lelaki bertindak nekad membunuh diri dengan menggantung diri di sebuah kebun durian dekat Jalan Felcra Kerdau, semalam. Lelaki bujang berusia 43 tahun berkenaan dikatakan mengalami tekanan selepas kerugian kira-kira RM156,000 akibat terperdaya dengan sindiket yang menyamar sebagai syarikat kurier dan pihak polis. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar…
-
Empat lelaki rugi RM20 juta, lelaki ditahan tipu jual jam, beg mewah
SEORANG lelaki warga tempatan ditahan dalam kes penipuan pembelian jam tangan dan beg berjenama mewah sehingga empat mangsa mengalami kerugian mencecah RM20 juta. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata suspek berusia 32 tahun ditahan di sebuah premis kediaman di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang, Ahad lalu, susulan laporan mangsa di daerah Johor…