Tag: Tan Sri Muhyiddin Yassin
-
Moratorium khas PMKS dapat kurangkan tekanan
MORATORIUM khas kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) seperti yang dicadangkan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diyakini dapat mengurangkan tekanan kepada perniagaan tersebut. Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dr Abd Halim Husin berkata, ini kerana PMKS berdepan tekanan untuk pembayaran semula pinjaman apatah lagi sedang melalui pemulihan susulan pandemik…
-
Ismail Sabri, Muhyiddin, Anwar mampu teraju negara – Musa Hitam
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan sebagai pemimpin yang mampu menerajui negara ini. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam ketika menggariskan nama terbabit berkata, tiga pemimpin itu dilihat memiliki kualiti, daya tahan serta karisma dalam memimpin negara mengharungi…
-
Bersatu sedia hadapi pertandingan pelbagai penjuru, tiada kerjasama dengan PH -Muhyiddin
PARTI Bersatu bersedia untuk menghadapi pertandingan pelbagai penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) melibatkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti lain yang akan bertanding. Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkukuhkan PN bersama Pas, Gerakan, SAPP dan STAR Sabah sebagai gabungan…
-
Syor MPN kepada kerajaan bukan cadangan bodoh – Muhyiddin
SYOR yang dibuat oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk dilaksanakan oleh kerajaan, bukan satu cadangan bodoh, kata Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebaliknya, Muhyiddin berkata cadangan berkenaan dibuat oleh pakar-pakar yang menganggotai MPN yang bermesyuarat dan membincangkan masalah dihadapi rakyat, terutama untuk menangani pandemik Covid-19 dan isu ekonomi. Muhyiddin turut mengimbas ketika menjadi Perdana…
-
Manifesto PN menyeluruh, tingkatkan pendapatan peneroka Felda jadi tumpuan – Muhyiddin
MANIFESTO parti Perikatan Nasional bakal merangkumi semua bidang utama dan berpotensi menjadi tawaran yang baik terutamanya peneroka Felda di negeri Pahang. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata manifesto yang akan diberitahu kemudian akan menarik perhatian orang ramai terutamanya peneroka. “Sewaktu saya memimpin negara, kita selesaikan hutang mereka, RM8.9 bilion sudah dihapuskan. Kemudian kita mengeluarkan sukup…
-
Bantuan prihatin PN beri semangat rakyat terus hidup
BANTUAN prihatin Perikatan Nasional (PN) sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat krisis ekonomi yang dihadapi negara pasca pandemik Covid-19 lebih – lebih lagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Beberapa penerima bantuan tersebut yang sempat ditemui SatuBerita mengakui terharu menerima bantuan barangan keperluan yang diperlukan bagi seisi rumah. Bagi ibu kepada penerima bantuan Norazizah…
-
PRU tahun ini menyusahkan rakyat – Muhyiddin
SEMUA menteri dan Ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) telah diminta mempertegaskan pendirian gabungan itu bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak wajar diadakan pada tahun ini. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian itu memandangkan Monsun timur laut akan bermula tidak lama lagi dengan banjir dijangka melanda negara terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur. Anggota…
-
MPN tak minta kuasa lebih, hanya ambil serius cadangan
PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan majlis itu tidak memerlukan kuasa lebih kerana mereka hanya bertanggungjawab menyediakan saranan bagi memulihkan negara. Bekas Perdana Menteri itu berpendapat cadangan diberikan tidak sepatutnya dipandang enteng bagi mempercepatkan proses pemulihan negara. “Cadangan ini tidak datang dari saya tetapi menteri, pakar ekonomi, pakar sosial, pihak swasta…
-
[VIDEO]Pas masih komited bersama PN, Bersatu tak akan kerjasama dengan UMNO – Muhyiddin
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengesahkan beliau telah bersemuka dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, semalam berhubung dakwaan pertemuan ketua parti Islam itu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, menerusi pertemuan yang disifatkan harmoni itu, PAS masih komited untuk terus bersama-sama PN dan isu…
-
Tomahan Ismail terhadap Muhyiddin dangkal, tidak bijak – Armada Pagoh
KENYATAAN Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap lemah malah hanya satu cubaan bagi meraih hati pengundi di Pagoh. Sebelum ini, Ismail mengkritik keputusan Presiden Perikatan Nasional (PN) itu yang menuding jari terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam isu kejatuhan wang ringgit. Armada Bersatu bahagian Pagoh tampil membidas…