Tag: SPRM
-
Sekatan perjalanan Muhyiddin ditarik balik, mahkamah diberitahu
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu sekatan perjalanan terhadap bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditarik balik. Menurut Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, mewakili kerajaan susulan permohonan cabaran perundangan oleh Bersatu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan kepada Jabatan Imigresen larangan itu ditarik balik pada 22 Mac. Justeru Shamsul berkata, sejak larangan…
-
SPRM dapati Nazlan langgar Kod Etika Hakim – Azalina
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyimpulkan beliau melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mengetuai kes SRC International. Dalam surat bertarikh 20 Mac kepada peguambela Datuk Seri Najib Razak, Shafee…
-
Pendirian kumpulan sivil kekal, gesa Azam letak jawatan di sebalik siasatan terhadap pemimpin PN
KUMPULAN sivil dan individu yang sebelum ini menuntut peletakan jawatan pegawai tertinggi antirasuah menegaskan pendirian mereka mengenai perkara itu tidak berubah, mengatakan Tan Sri Azam Baki perlu berbuat demikian walaupun siasatan masih dijalankan terhadap pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin. Azam yang juga ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…
-
Lima lelaki direman bantu siasatan tuntutan palsu lebih RM2.5 juta
LIMA lelaki direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan tiga kes tuntutan palsu berjumlah lebih RM2.5 juta. Perintah reman terhadap kesemua mereka berusia lingkungan 40 hingga 52 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Syuhada Abdullah di Mahkamah Majistret Shah Alam di sini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Tuntutan berkenaan…
-
Jana Wibawa: Bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah ditahan SPRM
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah, kerana disyaki bersubahat meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM2 juta, bagi membantu menyelesaikan kes siasatan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan yang dituduh berkaitan projek Jana Wibawa. Sumber berkata suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu, dipercayai meminta suapan tersebut sebagai balasan antaranya untuk meminta pihak…
-
SPRM jejask aset,wang haram sindiket penipuan pelaburan antarabangsa
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menjejaki aset dan wang, dipercayai berjumlah jutaan ringgit hasil kegiatan haram sindiket penipuan pelaburan antarabangsa, yang dilumpuhkan menerusi Op Tropicana pada Feb lepas. Menerusi kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan usaha menjejak aset dan wang haram itu, dijalankan dengan kolaborasi Bank Negara Malaysia dan badan penguat kuasa antarabangsa termasuk…
-
‘Datuk Roy’ direman kali kedua
SEORANG individu dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ yang ditahan semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, direman empat hari bermula hari ini. Lelaki berusia 54 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dekat sini, bagi permohonan reman untuk membantu siasatan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret…
-
‘Datuk Roy’ bebas atas jaminan SPRM, ditahan semula berhubung kes lain
AHLI perniagaan dikenali sebagai “Datuk Roy” dibebaskan hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas tiga hari disiasat dalam kes yang berkaitan dengan siasatan ke atas program Jana Wibawa. Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membebaskan Hussein Nasir, 54, selepas SPRM tidak mengemukakan permohonan untuk lanjutan reman, lapor Utusan Malaysia. Selasa lepas, Mahkamah Majistret…
-
Beri sokongan kepada Muhyiddin, lebih 20 pemimpin Bersatu dipanggil polis
LEBIH 20 pemimpin Bersatu dipanggil polis berhubung himpunan menyokong presiden parti itu Muhyiddin Yassin di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, kata laporan. MalaysiaNow dalam laporannya menyatakan, difahamkan beberapa pemimpin utama parti sudah pun dipanggil untuk mengambil keterangan oleh pihak berkuasa kuasa di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya bermula hari ini.…
-
Dua pengarah syarikat didakwa salah guna kuasa harta syarikat
DUA pengarah syarikat Revenue Group Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan menyalahgunakan harta milik syarikat mereka tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah, lima tahun lepas. Dua beradik itu Ng Shih Chiow, 50, dan Ng Shih Fang, 47, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.…