Tag: skandal LCS

  • Bekas pegawai kanan BNS dijangka didakwa esok isu LCS

    Bekas pegawai kanan BNS dijangka didakwa esok isu LCS

    SEORANG bekas pegawai kanan di syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kes kontroversi itu, esok. Menurut laporan BH Online, sumber berkata individu itu akan didakwa dengan pertuduhan pecah amanah membabitkan kes perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang sepatutnya dimiliki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).…

  • Skandal LCS: Pejabat Peguam Negara akan buat keputusan segera

    Skandal LCS: Pejabat Peguam Negara akan buat keputusan segera

    PEJABAT Peguam Negara (AGC) akan membuat keputusan secepat mungkin berhubung kes perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS), membabitkan peruntukan RM9.128 bilion. Berikutan itu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, meminta rakyat Malaysia bersabar sementara pihaknya selesai meneliti kertas siasatan yang sudah diserahkan kepada pejabatnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “AGC akan buat keputusan `asap’…

  • Kenapa cepat sangat sentap isu libatkan duit rakyat, soal Ahmad Fadhli kepada penyokong ‘parti tertentu’

    Kenapa cepat sangat sentap isu libatkan duit rakyat, soal Ahmad Fadhli kepada penyokong ‘parti tertentu’

    KETUA Pemuda PAS hari ini menegur sikap penyokong “parti tertentu” yang dilihat menyerangnya kerana mendesak isu pemerolehan kelengkapan pertahanan negara milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disiasat. Menurut Ahmad Fadhli Shaari, adakah hanya kerana isu tersebut dibangkitkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dipengerusikan oleh ahli parlimen DAP maka ia secara automatik dianggap fitnah.…

  • Bawa media lawat projek LCS tindakan ‘tikus baiki labu’

    Bawa media lawat projek LCS tindakan ‘tikus baiki labu’

    DUA bekas anggota Kabinet ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mendakwa kerajaan ketika itu tidak pernah membekukan projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini tergendala. Sebaliknya, kedua-dua mereka mendakwa projek itu tergendala disebabkan akibat kekangan kewangan yang dialami Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS). Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu…

  • [VIDEO] PM jangan takut, tubuh segera RCI – Wan Saiful

    [VIDEO] PM jangan takut, tubuh segera RCI – Wan Saiful

    PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa segera mengambil tindakan tegas dan pantas berhubung isu projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Ismail Sabri tidak perlu takut dan berasa tertekan kerana ia adalah satu amanah…

  • Skandal LCS: Tiada mana-mana pihak dilindungi

    Skandal LCS: Tiada mana-mana pihak dilindungi

    DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan siasatan berhubung isu projek kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dijalankan dengan telus tanpa melindungi mana-mana pihak. Perdana Menteri menegaskan kerajaan memandang serius isu terbabit yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ia juga dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat jemaah…

  • Bersatu gesa sidang tergempar Dewan Rakyat, bentang kertas putih skandal kapal LCS

    Bersatu gesa sidang tergempar Dewan Rakyat, bentang kertas putih skandal kapal LCS

    Oleh DATUK JASRI JAMALUDIN LAPORAN Jawatankuasa kira kira Wang Negara (PAC) berkenaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi kegunaan TLDM amat mengejutkan. Setelah membaca rumusan laporan PAC tersebut saya percaya rakyat sama sekali tidak dapat menerima skandal perolehan yang merosakan perancangan TLDM serta rancangan menjaga kedaulatan Negara juga terancam. Ketirisan yang berlaku sudah tentu memberi gambaran…

  • Skandal LCS: Muhyiddin gesa kerajaan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

    Skandal LCS: Muhyiddin gesa kerajaan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

    PERIKATAN Nasional (PN) menggesa kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Bebas Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, skandal tersebut bukan sahaja melibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM9 billion, tetapi turut merencatkan keupayaan TLDM mengawal perairan negara. Berikut kenyataan penuh yang…

  • Skandal LCS: Jangan guna alasan keselamatan negara, Wong beritahu Zahid

    Skandal LCS: Jangan guna alasan keselamatan negara, Wong beritahu Zahid

    PENGERUSI Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mengingatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak menggunakan alasan keselamatan negara bagi menghalang pihaknya mendedahkan hasil laporan berkaitan Kapal Tempur Pesisir (LCS). Wong yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, rakyat tidak boleh disekat daripada mengetahui maklumat sebenar bagaimana kerajaan membelanjakan wang…

  • Mat Sabu, Chin Tong nafi Pakatan Harapan tak buat apa-apa dalam isu kapal LCS

    Mat Sabu, Chin Tong nafi Pakatan Harapan tak buat apa-apa dalam isu kapal LCS

    BEKAS  Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan timbalannya ketika itu, Liew Chin Tong menafikan Pakatan Harapan “membisu” berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion ketika ia berkuasa. Mereka dalam kenyataan bersama berkata, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), yang menyiasat projek bermasalah…