Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
skandal Archives -

Tag: skandal

  • Cukup-cukuplah Rafizi dengan fitnah skandal ke atas orang lain – Ikmal Hisham

    Cukup-cukuplah Rafizi dengan fitnah skandal ke atas orang lain – Ikmal Hisham

    TIMBALAN Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz sekali lagi kesal dengan tuduhan berterusan dilemparkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli terhadapnya walaupun telah membuat laporan polis berhubung penafian penglibatannya dengan perolehan/syarikat yang terlibat dengan Self-Propelled Howitzer (SPH) untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia. Susulan itu beliau yang juga calon kerusi Parlimen Tanah…

  • Ahli perniagaan Malaysia ‘Fat Leonard’ ditahan di Venezuela

    Ahli perniagaan Malaysia ‘Fat Leonard’ ditahan di Venezuela

    SEORANG ahli perniagaan warga Malaysia yang sebelum ini melarikan diri daripada tahanan rumah sejak lebih dua minggu lalu selepas terlibat dalam skandal rasuah besar membabitkan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan ditahan di Venezuela. Portal berita NBC News melaporkan, Leonard Glenn Francis atau dikenali sebagai ‘Fat Leonard’ yang berasal dari Pulau Pinang ditahan kelmarin oleh…

  • LCS: Ahli Parlimen buat laporan SPRM penglibatan menteri

    LCS: Ahli Parlimen buat laporan SPRM penglibatan menteri

    AHLI Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini membuat laporan SPRM bagi menggesa siasatan terhadap dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dalam skandal projek kapal pesisir (LCS). Memetik laporan Malaysiakini, Akmal berkata, laporan itu dibuat bagi mengembalikan tumpuan terhadap skandal projek berjumlah RM9 bilion itu. “Apa yang…

  • Tiada notis pemakluman ‘himpunan LCS’ esok

    Tiada notis pemakluman ‘himpunan LCS’ esok

    POLIS tidak menerima sebarang notis pemakluman bagi mengadakan himpunan ‘Protes Mana Kapal LCS?’ yang akan diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, esok. Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya tidak menerima notis pemakluman seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang iaitu Akta…

  • Skandal LCS: SPRM saran Jabatan Peguam Negara kenakan pertuduhan kepada beberapa individu

    Skandal LCS: SPRM saran Jabatan Peguam Negara kenakan pertuduhan kepada beberapa individu

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan menyarankan pertuduhan dikenakan terhadap beberapa individu berkait projek kapal tempur pesisir (LCS). Dalam kenyataannya, SPRM mengesahkan sudah melengkapkan beberapa kertas siasatan terhadap individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian LCS. “Kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan…

  • Skandal LCS: Najib cuba main politik, elak dipersalah – Kah Woh

    Skandal LCS: Najib cuba main politik, elak dipersalah – Kah Woh

    PENGERUSI Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh menempelak Datuk Seri Najib Razak kerana mempertikai laporan berhubung skandal projek Kapal Tempur Persisir (LCS) bernilai RM9.1 bilion. Kenyataan bekas Perdana Menteri itu difahamkan dibidas kerana tidak menyemak fakta berhubung laporan yang dikeluarkan PAC, pada masa yang sama cuba bermain sentimen politik bagi mengelak dipersalahkan. Wong…

  • Skandal LCS: Heret pihak terbabit ke muka pengadilan – TLDM

    Skandal LCS: Heret pihak terbabit ke muka pengadilan – TLDM

    TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyokong sebarang ketirisan di dalam projek perolehan Littoral Combat Ship (LCS) disiasat dan pihak terbabit dibawa ke muka pengadilan seberapa segera. Dalam satu kenyataannya, TLDM menghargai keputusan yang dibuat kerajaan untuk meneruskan projek itu. “TLDM berpandangan ia merupakan keputusan yang tepat dan didorong oleh keprihatinan kerajaan untuk mengutamakan kepentingan kedaulatan…

  • Najib tak pernah kata ‘okey’ pada KPGM untuk tandatangan penyata tunai 1MDB 2013 – Saksi

    Najib tak pernah kata ‘okey’ pada KPGM untuk tandatangan penyata tunai 1MDB 2013 – Saksi

    MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berkata “okey” kepada KPMG Malaysia untuk menandatangani penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 2013 selepas pertemuan firma audit itu dengan 1MDB diadakan di kediaman bekas perdana menteri di Langgak Duta pada 15 Disember 2013. Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB Azmi…

  • Keputusan mahkamah AS buktikan pemimpin tak amanah, seleweng wang 1MDB – Muhyiddin

    Keputusan mahkamah AS buktikan pemimpin tak amanah, seleweng wang 1MDB – Muhyiddin

    KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang mendapati seorang bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng bersalah dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan pegawai dan pemimpin utama kerajaan Malaysia ketika itu, tidak amanah. Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbicaraan Ng mendedahkan bukti-bukti mengenai penyelewangan 1MDB yang melibatkan pegawai dan pemimpin utama kerajaan…

  • Mahkamah tolak permohonan Umno gantung prosiding kes saman SRC

    Mahkamah tolak permohonan Umno gantung prosiding kes saman SRC

    MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan UMNO untuk menggantung prosiding kes saman SRC International Sdn Bhd terhadap parti politik itu bagi menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada UMNO. Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili UMNO berkata Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Datuk Mohd Arief Emran Arifin menolak permohonan itu selepas mendapati tiada…