Skandal LCS: SPRM saran Jabatan Peguam Negara kenakan pertuduhan kepada beberapa individu

0
85

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan menyarankan pertuduhan dikenakan terhadap beberapa individu berkait projek kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam kenyataannya, SPRM mengesahkan sudah melengkapkan beberapa kertas siasatan terhadap individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian LCS.

“Kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan daripada SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu.

“Seterusnya, SPRM akan menerima arahan lanjut hasil daripada kajian Pejabat Peguam Negara terhadap kertas siasatan tersebut,” menurut kenyataan itu, lapor FMT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here