Ahli perniagaan Malaysia ‘Fat Leonard’ ditahan di Venezuela

0
254

SEORANG ahli perniagaan warga Malaysia yang sebelum ini melarikan diri daripada tahanan rumah sejak lebih dua minggu lalu selepas terlibat dalam skandal rasuah besar membabitkan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan ditahan di Venezuela.

Portal berita NBC News melaporkan, Leonard Glenn Francis atau dikenali sebagai ‘Fat Leonard’ yang berasal dari Pulau Pinang ditahan kelmarin oleh pihak berkuasa Venezuela selepas menerima maklumat dari Polis Antarabangsa (Interpol), menurut Utusan Online.

Jurucakap pihak berkuasa AS memaklumkan, Francis ditahan ketika cuba menaiki pesawat untuk melarikan diri ke negara lain.

Setakat ini, lelaki itu akan terus ditahan di Venezuela sementara menunggu pihak berkuasa AS melakukan proses ekstradisi.

Francis dilaporkan memotong gelang peranti pemantauannya sebelum melarikan diri dari kediamannya di San Diego.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here