Tag: Samsuri Mokhtar
-
Tiada semak imbang, Terengganu bakal perhalusi Adun lantikan
TERENGGANU akan memperhalusi kemungkinan melantik Adun tanpa melalui proses pilihan raya bagi mengimbangi tiada wakil pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia perlu diperhalusi berpandukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu dan tiada keputusan dibuat setakat ini. “Sebagaimana Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu, kerajaan negeri ada kuasa melantik Adun…
-
Ahmad Samsuri angkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu
NAIB Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat Kuala Terengganu hari ini. Ahmad Samsuri, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, melafazkan sumpah memegang jawatan tersebut di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada pukul…
-
PRN: Agihan kerusi PN selesai 97 peratus
PROSES agihan kerusi Perikatan Nasional (PN) di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah selesai 97 peratus. Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perbincangan terakhir mengenai agihan kerusi itu diadakan pada 5 Jun lalu. Menurutnya, beberapa kerusi yang masih berbaki akan diputuskan dalam tempoh terdekat. “Selepas perbincangan akhir…
-
PRN Terengganu: Samsuri sudah ada tarikh untuk menghadap Sultan
DATUK Ahmad Samsuri Mokhtar sudah mempunyai tarikh tertentu untuk menghadap Sultan Terengganu bagi mendapat perkenan baginda membubarkan dewan undangan negeri (DUN). Ditemui media di Kuala Terengganu hari ini menteri besar itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara khusus tarikh tersebut. Kata Ahmad Samsuri dia dijangka menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin pada pada penghujung bulan depan. “Ada… sudah…
-
Annuar, ahli politik lain dialu-alukan sertai PAS – Samsuri
PAS mengalu-alukan penyertaan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa ke dalam parti itu seperti mana ahli-ahli politik lain yang akan turut mengikut jejak langkah berkenaan, kata Naib Presiden PAS ,Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. Samsuri berkata PAS berbesar hati menerima tokoh terkemuka seperti Annuar, yang juga veteran Umno dan bekas menteri. “Saya percaya…
-
PN muktamad agihan kerusi Selasa depan
PERIKATAN Nasional (PN) akan memuktamad agihan kerusi pilihan raya negeri (PRN) pada mesyuarat pusat, Selasa ini. Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata perbincangan bersama barisan kepimpinan pusat akan diadakan di Kuala Lumpur bagi PRN di enam negeri. “Insya-Allah, dalam minggu depan kita akan bincang. Perbincangan kerusi dilakukan di peringkat pusat. “Ada…
-
PRN: Pas jumpa pimpinan negeri PH bincang tarikh
PAS akan mengadakan pertemuan bersama pimpinan tiga negeri diterajui Pakatan Harapan (PH) pada masa sesuai bagi membincangkan tarikh pilihan raya negeri (PRN). Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan menghubungi pimpinan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara berkenaan. “Apabila saya berada di…