Tag: Sabah
-
Majlis kahwin, cukur jambul punca kluster baharu di Sabah
MAJLIS perkahwinan dan cukur jambul didapati telah mencetuskan satu kluster baharu COVID-19 melibatkan jangkitan dalam komuniti di Sabah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. Jurucakap Kerajaan Negeri Sabah berkaitan perkembangan harian COVID-19 berkata kluster baharu berlaku di Kampung Karanaan itu dikesan selepas seorang lelaki tempatan yang merupakan kakitangan awam berumur 29…
-
PM lancar lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur jajaran Sandakan-Kinabatangan-Beluran-Telupid. Perdana Menteri berkata, projek itu membabitkan tiga pakej iaitu pakej 28, 29 dan 30, sepanjang 58 kilometer dengan kos pembinaan RM877 juta. Katanya, skop projek itu membabitkan kerja menaik taraf daripada dua lorong dua hala kepada…
-
Sabah perlu wujudkan enakmen kawal selia bekalan air
KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air mencadangkan supaya Sabah mewujudkan sebuah enakmen yang berfungsi seperti Akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang digunakan pakai di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata enakmen itu adalah bagi membolehkan industri bekalan air di Sabah beroperasi lebih efektif. Mengulas…
-
Bangkai gajah pygmy betina ditemukan di Sukau
BANGKAI seekor gajah pygmy betina ditemukan di Kawasan Santuari Hidupan Liar di Sukau dekat Kinabatangan, Sabah, pada Sabtu lepas. Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata kematian gajah yang dianggarkan berusia sekitar 25 tahun itu dipercayai disebabkan faktor keradangan pada organ dalaman mamalia berkenaan. “Terlalu awal untuk mengesyaki terdapat sebarang perbuatan khianat. “Sampel telah…
-
Rentas negeri: Sabah buat keputusan Rabu ini
KABINET Sabah akan membuat keputusan mengenai kebenaran rentas negeri pada mesyuarat Rabu ini susulan keputusan Kerajaan Persekutuan membenarkan perjalanan itu bermula esok. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah akan mempertimbang sebaiknya keputusan Kerajaan Persekutuan serta mengemukakan cadangan bersesuaian kepada Kabinet negeri pada mesyuarat tersebut. Jurucakap COVID-19 Sabah…
-
Ada lagi wakil rakyat Warisan akan tinggalkan parti, kata Ketua Bersatu Beaufort
SELEPAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr.Yusof Yacob mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah Sabah, beberapa lagi wakil rakyat dan ahli parti dijangka melakukan tindakan yang sama dan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Perkara itu disahkan Ketua Bersatu Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih. “Sebenarnya ramai yang sudah berhubung dengan kita tapi mereka masih lagi…
-
11 bangkai penyu hijau ditemui dilapah di Pulau Bum-Bum
BANGKAI 11 ekor penyu hijau yang telah dilapah ditemukan di Kampung Amboh-Amboh, Pulau Bum-Bum dekat Semporna, Sabah, Jumaat lepas. Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan pada 9.41 pagi dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) oleh tiga kakitangan JHL Sabah dan lima anggota Tiger Platun Pasukan Gerakan Am (PGA).…
-
Sabah benarkan anjur majlis perasmian mulai hari ini
SABAH membenarkan majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuk perasmian dan bengkel bermula hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun, berkata kebenaran itu adalah mengikut syarat iaitu semua yang hadir lengkap divaksin dengan kapasiti 50 peratus ruang premis. “Bagi individu belum divaksin atas masalah kesihatan atau perubatan yang disahkan pegawai perubatan berdaftar,…
-
PM mengorak langkah ke hadapan selesaikan isu MA63 – Jeneri
KOMITMEN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyelesaikan isu berhubung tuntutan Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah gambaran jelas kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikannya secara tuntas. Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata Perdana Menteri yang menyentuh perkara itu semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) semalam, telah mengorak satu lagi langkah ke hadapan dalam…
-
69 mangsa banjir di dua PPS di Sabah
SERAMAI 69 mangsa banjir daripada 19 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, pagi ini. Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memberitahu, 33 mangsa banjir daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Mini Mesapol, Sipitang. Menurut kenyataan itu, 36 mangsa banjir daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di PPS…