69 mangsa banjir di dua PPS di Sabah

0
203

SERAMAI 69 mangsa banjir daripada 19 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memberitahu, 33 mangsa banjir daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Mini Mesapol, Sipitang.

Menurut kenyataan itu, 36 mangsa banjir daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Tamau, Kota Belud.

“Paras air sungai di Kota Belud meningkat, maka persediaan dilakukan untuk membuka PPS baharu sekiranya diperlukan. Pemantauan sedang dilakukan di kawasan ‘hotspot’ banjir,” menurut kenyataan tersebut.

Pagi ini terdapat 39 kawasan di Kota Belud dan 10 kawasan di Sipitang masih terjejas akibat banjir, manakala cuaca ketika ini mendung. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here