Bangkai gajah pygmy betina ditemukan di Sukau

0
256

BANGKAI seekor gajah pygmy betina ditemukan di Kawasan Santuari Hidupan Liar di Sukau dekat Kinabatangan, Sabah, pada Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah  Augustine Tuuga berkata kematian gajah yang dianggarkan berusia sekitar 25 tahun itu dipercayai disebabkan faktor keradangan pada organ dalaman mamalia berkenaan.

“Terlalu awal untuk mengesyaki terdapat sebarang perbuatan khianat.

“Sampel telah dihantar ke Pusat Racun Negara untuk analisis,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supritendan Dzulbaharin Ismail berkata polis menerima laporan mengenai penemuan bangkai gajah itu oleh sekumpulan penyelidik hidupan liar pada kira-kira pukul 8.30 pagi di Kawasan Santuari Hidupan Liar Kinabatangan, berhampiran Sungai Resang, Sukau.

Beliau berkata tiada organ atau bahagian badan haiwan itu ditemukan dan mamalia berkenaan dipercayai telah mati dalam tempoh tiga atau empat hari lepas. — BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here