Tag: Rompin
-
Warga emas ditemukan maut dalam kereta selepas banjir surut
SEORANG warga emas maut akibat lemas di dalam keretanya yang ditemukan di ladang kepala sawit di jalan utama Felda Selancar 2, Rompin, selepas banjir surut. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan Abdullah Satar, 73, yang merupakan peneroka di Felda itu pada 6.40 petang semalam. “Berdasarkan siasatan awal, keluarganya…
-
Jalan runtuh, lebih 5,000 penduduk Felda Selancar terperangkap
HUJAN lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan lebih 5,000 penduduk di Felda Selancar, Rompin, Pahang, terputus hubungan susulan laluan utama ke kawasan itu runtuh, awal pagi tadi. Lebih buruk, laluan alternatif ke kawasan melibatkan 10 tanah rancangan itu turut ditenggelami air dan tidak dapat dilalui semua kenderaan. Difahamkan, hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa lokasi di…
-
PRU-15: Pusat penamaan calon Parlimen Padang Serai, DUN Tioman dibuka
PUSAT penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Padang Serai, Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang dibuka jam 9 pagi ini. Bagi Padang Serai, pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di Kulim manakala bagi Tioman, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin. Kedua-dua pusat itu akan dibuka…
-
PRU-15: PN akan umum calon baharu DUN Tioman secepat mungkin
PERIKATAN Nasional (PN) akan mengumumkan calon baharu bagi mewakili gabungan itu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, secepat mungkin, berikutan kematian Md Yunus Ramli, awal pagi tadi. Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata kepemimpinan tertinggi PN Pusat sudah dimaklumkan mengenai pemergian Md Yunus. Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Allahyarham sepatutnya menghadapi…
-
Tiga maut nahas di Rompin
TIGA lelaki maut manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, dekat sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata kemalangan pada pukul 8.50 malam itu melibatkan sebuah treler, kereta Proton Iswara dan Perodua Axia. “Mangsa yang maut ialah kelindan treler Abdul Raziz Mohdal,…
-
Tiga beranak maut nahas 3 kenderaan
TIGA beranak maut selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 128 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Rompin, Pahang, pada Isnin. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt. Kamarulzaman Jusoh berkata, dalam kejadian pada 1.30 tengah hari itu kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera…
-
Kerana pemancing cuai, kucing menderita makan umpan terselit mata kail
AKIBAT kelalaian kaki pancing meninggalkan keratan ikan pada mata kail, lapan ekor kucing terpaksa menahan kesakitan apabila mata kail tersangkut pada lidahnya. Malah, usaha mengeluarkan mata kail berkenaan terpaksa dilakukan dengan mengeluarkan sedikit bayaran selepas mendapat rawatan di klinik haiwan. Itulah pengalaman Ros Haliza Roslan, 40, yang menetap di Kampung Pantai Bernas, Rompin, Pahang dalam…
-
Mangsa banjir di Pahang menurun
JUMLAH mangsa banjir di Pahang merekodkan penurunan dengan hanya 301 mangsa daripada 89 keluarga masih berada di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 8 pagi tadi. Semalam, seramai 364 mangsa banjir daripada 104 keluarga masih berada di 10 PPS. Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu membabitkan mangsa banjir di daerah Pekan, Rompin…